Monday 17 October 2016

MINGGU KERJAYA


      Pada minggu yang yang lalu  Pihak kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah mengadakan minggu kerjaya yang berlangsung pada 14/15 october 2016 dengan taklimat  pengisian pemohonan online ke UPU dan lawatan ke setiap pameran pada keesokannya yang dianjurkan oleh pihak universiti awam dan swasta bagi memberi penerangan kepada pelajar matrikulasi  mengenai khusus  yang ditawarkan dan syarat kemasukan ke kolej tersebut.

         Pada tarikh berkenaan juga saya telah mengambil kesempatan bagi menghadiri program yang dijalankan untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai khusus yang ditawarkan dan bidang kerjaya  dan syarat-syarat kemasukan ke universiti.Pada hari berkenaan juga saya telah didedahkan dengan  kesilapan yang sering dilakukan ketika melakukan pemohonan ke UPU.Antaranya ialah calon tidak menghantar borang yang diisi semasa melakukan pemohonan secara online.

         Selain itu,calon yang memohon yang tidak menepati syarat yang ditetapkan .Hal ini menyebabkan pemohonan calon ditolak dan ditawarkan dengan pemilihan  yang lain.Disamping itu,saya juga mendapat penerangan mengenai pilihan yang dilakukan bahawa pilihan 1-4 adalah pemilihan yang perlu melalui proses temuduga manakala pilihan 4-12 adalah pilihan yang tidak perlu melalui proses temuduga.Selanjutnya,saya juga diberikan taklimat mengenai tarikh yang dibuka untuk pemohonan UPU iaitu antara bulan Januari sehingga April.

        Pada  hari berkenaan juga saya telah menghadiri pameran yang dianjurkan oleh pihak universiti awam dan swasta yang bertempat di Dewan Minangkabau.Antara pameran institusi yang telah saya kunjungi di dalam dewan tersebut ialah UPM iaitu sebuah universiti awam yang ditubuhkan pada tahun 1971  yang menawarkan pelbagai program dan bidang.Bagaimanapun khusus yang ditawarkan menarik tetapi saya tidak meminatinya.Selanjutnya saya mengunjungi pameran yang diadakan uthm yang ditubuhkan pada tahun 1993.Institusi ini menawarkan pelbagai program kejuruteraan. Antara yang dingati oleh saya ialah dalam bidang kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan pembuatan dan lain lain.Selain itu,saya juga mengunjungi pameran yang dianjurkan oleh UITM yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang dikenali sebagai RIDA suatu masa dahulu.Antara yang program ditawarkan adalah dalam bidang kejuruteraan,bidang perubatan,bidang perakaunan.

     Itu sahaja yang dapat saya kongsikan mengenai minggu kerjaya yang berlangsung pada 14 dan 15  october .Kesimpulannya,para pelajar perlulah memilih kos yang menjamin kehidupan mereka di masa yang akan datang.

 

      

    

No comments:

Post a Comment