Monday, 17 October 2016

TIGA DESTINASI IMPIAN YANG INGIN DIKUNJUNGI


        Destinasi  impian merupakan tempat yang ingin dikunjungi oleh individu ataupun  sekelompok kumpulan bagi merealisasikan keinginan mereka untuk menjejakkan kaki ke sana  melalui percutian  untuk menjadikan diri lebih tenang dan nyaman

         Antara tiga destinasi impian yang ingin dilawati oleh saya ialah saya ingin ke Arab Saudi bagi menjalankan ibadah haji yang merupakan kewajiban bagi setiap orang islam.Selain itu ,dapat merasakan suasana yang berbeza yang tidak terdapat di negara sendiri.Contohnya perbezaan dari segi cuaca dan masa.

         Selain itu,tempat yang ingin dilawati  oleh saya ialah russia iaitu sebuah negara yang merupakan  bekas negara komunis iaitu soviet union yang telah terlibat dalam peperangan dunia pertama dan perang dunia kedua.Dilokasi berkenaan terdapat pelbagai tinggalan sejarah seperti peralatan perang dunia 1 dan perang dunia kedua yang dapat dilihat di muzium yang terdapat di sana.Disana juga kita dapat melihat kemajuan dari segi teknologi .

          Seterusnya,ialah german iaitu merupakan negara yang maju dalam bidang automotif dan merupakan negara yang pernah diterajui oleh golongan diktaktor semasa awal penubuhannya.Negara ini juga pernah dibahagi kepada dua setelah kekalahan dalam perang dunia pertama iaitu german timur dan german barat.Selepas itu,negara ini mula diterajui oleh adolf hitler yang melanggar perjanjian yang dilakukan setelah kalah dalam perang dunia pertama.Adolf hitler telah memperbesarkan ketenteraan dan melancarkan peperangan yang menyebabkan berlakunya perang dunia ke 2.Lokasi ini menjadi tarikan kepada saya  kerana terdapat banyak tinggalan daripada perang dunia 1 dan perang dunia 2.

             Kesimpulanya,destinasi impian merupakan tempat yang mempunyai  keunikan tersendiri


MINGGU KERJAYA


      Pada minggu yang yang lalu  Pihak kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah mengadakan minggu kerjaya yang berlangsung pada 14/15 october 2016 dengan taklimat  pengisian pemohonan online ke UPU dan lawatan ke setiap pameran pada keesokannya yang dianjurkan oleh pihak universiti awam dan swasta bagi memberi penerangan kepada pelajar matrikulasi  mengenai khusus  yang ditawarkan dan syarat kemasukan ke kolej tersebut.

         Pada tarikh berkenaan juga saya telah mengambil kesempatan bagi menghadiri program yang dijalankan untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai khusus yang ditawarkan dan bidang kerjaya  dan syarat-syarat kemasukan ke universiti.Pada hari berkenaan juga saya telah didedahkan dengan  kesilapan yang sering dilakukan ketika melakukan pemohonan ke UPU.Antaranya ialah calon tidak menghantar borang yang diisi semasa melakukan pemohonan secara online.

         Selain itu,calon yang memohon yang tidak menepati syarat yang ditetapkan .Hal ini menyebabkan pemohonan calon ditolak dan ditawarkan dengan pemilihan  yang lain.Disamping itu,saya juga mendapat penerangan mengenai pilihan yang dilakukan bahawa pilihan 1-4 adalah pemilihan yang perlu melalui proses temuduga manakala pilihan 4-12 adalah pilihan yang tidak perlu melalui proses temuduga.Selanjutnya,saya juga diberikan taklimat mengenai tarikh yang dibuka untuk pemohonan UPU iaitu antara bulan Januari sehingga April.

        Pada  hari berkenaan juga saya telah menghadiri pameran yang dianjurkan oleh pihak universiti awam dan swasta yang bertempat di Dewan Minangkabau.Antara pameran institusi yang telah saya kunjungi di dalam dewan tersebut ialah UPM iaitu sebuah universiti awam yang ditubuhkan pada tahun 1971  yang menawarkan pelbagai program dan bidang.Bagaimanapun khusus yang ditawarkan menarik tetapi saya tidak meminatinya.Selanjutnya saya mengunjungi pameran yang diadakan uthm yang ditubuhkan pada tahun 1993.Institusi ini menawarkan pelbagai program kejuruteraan. Antara yang dingati oleh saya ialah dalam bidang kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan pembuatan dan lain lain.Selain itu,saya juga mengunjungi pameran yang dianjurkan oleh UITM yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang dikenali sebagai RIDA suatu masa dahulu.Antara yang program ditawarkan adalah dalam bidang kejuruteraan,bidang perubatan,bidang perakaunan.

     Itu sahaja yang dapat saya kongsikan mengenai minggu kerjaya yang berlangsung pada 14 dan 15  october .Kesimpulannya,para pelajar perlulah memilih kos yang menjamin kehidupan mereka di masa yang akan datang.

 

      

    

Monday, 26 September 2016

        6/6/2016 merupakan hari pertamaku menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.Pada mulanya saya berasa tidak selesa kerana ini merupakan kali pertama saya menyambung pelajaran setelah tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Hal ini kerana setelah  tamatnya peperiksaan tersebut saya telah membuat keputusan untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM.Saya telah melalui pelbagai perkara yang mempunyai kenangan pahit dan manis semasa saya berkerja di sana.Disana saya bekerja sebanyak 8 jam sehari
ataupun lebih daripada itu.
         Tugasan saya semasa berkerja disana adalah untuk memastikan produk makanan sentiasa ada untuk digunakan untuk pekerja lain menyiap pesanan pelanggan yang sentiasa bertambah dari hari kehari.Saya berkerja ditempat itu pada 4/3/2015 ketika itu saya  telah dilatih untuk melakukan sesuatu perkara  dengan pantas kerana pelanggan sentiasa  bertambah dan pesanan terhadap sesuatu makanan sentiasa bertambah dari hari kehari dan sebagai pekerja di sana saya perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi karenah pelanggan.Itu sahaja yang dapat saya ceritakan  berbalik kepada pengalaman saya semasa berada di kmns.Pada awalnya saya tidak mengenali sesiapapun di sini kecuali rakan rakan saya yang mendapat tawaran ini.
         Pada mula saya mendaftar di blok B4 dengan ditemani oleh Ibubapa saya.Keadaan ketika itu adalah selepas berlakunya hujan.Selepas itu,saya mula berkenalan dengan rakan rakan yang baru yang ditempatkan di blog yang sama dengan saya semasa minggu orientasi dijalankan selama seminggu.Keadaan disi amat berbeza dengan suasana semasa di sekolah dan suasana semasa berkerja.