Monday 26 September 2016

        6/6/2016 merupakan hari pertamaku menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.Pada mulanya saya berasa tidak selesa kerana ini merupakan kali pertama saya menyambung pelajaran setelah tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Hal ini kerana setelah  tamatnya peperiksaan tersebut saya telah membuat keputusan untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM.Saya telah melalui pelbagai perkara yang mempunyai kenangan pahit dan manis semasa saya berkerja di sana.Disana saya bekerja sebanyak 8 jam sehari
ataupun lebih daripada itu.
         Tugasan saya semasa berkerja disana adalah untuk memastikan produk makanan sentiasa ada untuk digunakan untuk pekerja lain menyiap pesanan pelanggan yang sentiasa bertambah dari hari kehari.Saya berkerja ditempat itu pada 4/3/2015 ketika itu saya  telah dilatih untuk melakukan sesuatu perkara  dengan pantas kerana pelanggan sentiasa  bertambah dan pesanan terhadap sesuatu makanan sentiasa bertambah dari hari kehari dan sebagai pekerja di sana saya perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi karenah pelanggan.Itu sahaja yang dapat saya ceritakan  berbalik kepada pengalaman saya semasa berada di kmns.Pada awalnya saya tidak mengenali sesiapapun di sini kecuali rakan rakan saya yang mendapat tawaran ini.
         Pada mula saya mendaftar di blok B4 dengan ditemani oleh Ibubapa saya.Keadaan ketika itu adalah selepas berlakunya hujan.Selepas itu,saya mula berkenalan dengan rakan rakan yang baru yang ditempatkan di blog yang sama dengan saya semasa minggu orientasi dijalankan selama seminggu.Keadaan disi amat berbeza dengan suasana semasa di sekolah dan suasana semasa berkerja.